Tuesday 29 January 2013

Perkara yang BAKAL PENGANTIN perlu peka

1 comments
Assalamualaikum w.t.b....

Semoga sahabat handai sentiasa dilimpahkan dengan kesihatan yang baik dan dalam keredhaan-Nya. Alhamdulillah....0_o (Skema x ayat pembukaan)

Kepada B2B, kat sini atie nak share sket la...heheh(macam tau banyak perkara lak yer). 

List kepada B2B kena sediakan maklum seblum bergelar raja sehari:-)
Sila baca satu persatu yer....


1. Rancang Kewangan
Pastikan bajet mencukupi untuk wang hantaran (bagi lelaki), barangan hantaran (contohnya: berapa dulang/jenis hantaran), pelamin, baju, pengapit dan sebagainya.

2. Mengadakan perbincangan
perbincangan perlu diadakan bagi memudahkan dan melancarkan majlis dengan pihak yang terlibat...contonhya ibu bapa, adik beradik(kot2 nak minta sponsor) hehehe

3. Konsep
Pemilihan tema yang bersesuaian amat penting bagi pengantin. Ini kerana bagi menampakn kejelitaan dan kekacakan sang teruna dan dara..hehehe...contohnya konsep ape yang di ingikan bagi pelamin, ruang makan beradap, bilik timdur dan sebagainya.

4. Membuat tempahan
Tempah pelamin, busana pengantin dan mak andam. Sekiranya ingin membuat baju pengantin sendiri pon boley gak..boley simpan lama2. Selain itu, kena pilih pakej perkahwinan yang berpatutan dan tidak membazir.


5. Jurufoto
Pilih jurufoto @ videografi mengikut bajet dan cita rasa. Jurufoto penting bagi merakam detik2 indah semasa hari bahagia pasangan pengantin di samping tu boleh buat rujukan dengan kawan2 yang pernah menggunakan khidmat jurufoto tersebut.

6. Kursus Kahwin
bakal pengantin mestilah menghadiri kursus perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat agama Atau pihak yang menganjurkan kursus tersebut. Kursus ini akan membantu sedikit sebanyak apabila menajalani alam rumah tangga nanti.

7. DJ
Membuat tempahan DJ bagi menyerikan lagi majlis anda.

8. Menu
Makanan yang kurang enak akan membuatkan para tetamu mengumpat di belakang anda (bagi makan pon bising gak...huhu). kalau nak tempah katering pilihlah yang terbaik dan mesti merasa dulu makanan sebelum membuat tempahan. Bagi yang masak sendiri, kena pastikan tukang masak ada pada hari tersebut.

9. kad jemputan
Sediakan senarai tetamu, pilih dan cetak kad jemputan. Pilih kad yang berpatutan dan kalau nak jimat lagi buat kad tuk kedua2 belah pihak dalam 1 kad. Sertakan maklumat jemputan dan pelan ke rumah pengantin.

10. Hebahkan Majlis
Mesti maklumkan kepada saudara mara dan rakan taulan melalui kad jemptan, email fon atau lebih canggih lagi melalui Facebook. Tapi mesti ingat, kalau memalui FB kebanyakkan kawan kita tak kan datang ke majlis. Nak tau sebab ape???sebabnya tiada kad jemputan....hehehe

11. Pengesahan tempahan
mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk kerusi, meja menu dan sebagainya.

12. Check up
lakukan pemeriksaan kesihatan iaitu ujian HIV, Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang baik.

13. Rawatan kecantikan
Membuat rawatan muka, badan, rambut dan sebagainya supaya lebih berseri2. selain itu, bakal pengantin di galakkan untuk mengambil pakej pengantin di spa2 kecantikan.

14. Pembantu
Melantik beberapa orang dari rakan atau family untuk menjadi pengapit, ketua dapur, pemberi cenderahati, penyambut tetamu dan sebagainya supaya majlis berjalan lancar.

15. Majlis berlangsung
pastikan tidur yang mencukupi supaya nampak segar dan ceria pada hari bahagia. sentiasa tersenyum untuk menaik kan seri pengantin.



Sekian saja untuk kali ni...B2B


 

My Name is Miss Ayati Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template