Sunday 1 December 2013

PAUL WALKER MATI DEK SUMPAHAN BERITA PALSU KEMATIANNYA?



HOLLYWOOD, 2 DIS 2013: Dalam pada peminat filem francais Fast & Furious sedang menangisi pemergian hero kesayangan mereka, Paul Walker yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, timbul pula cerita yang mengelirukan semua pihak termasuklah media antarabangsa.
Pelakon yang berusia 40 tahun itu turut menjadi mangsa jenayah internet apabila ada laporan tersebar dan khabar angin mengatakan Paul telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 29 November di Southern California, sehari sebelum hari dia benar-benar meninggal dunia.
Laporan daripada Media.com juga berkata bahawa khabar angin itu mula diperkatakan di laman sosial bermula lewat Jumaat walaupun berita sahih mengatakan Paul telah meninggal dunia dilaporkan TMZ pada petang Sabtu, beberapa jam selepas insiden yang meragut nyawa Paul Walker dan rakan yang memandu Porcshe GT di California itu.
Dalam pada itu, khabar angin tersebut disahkan tidak benar dah merupakan salah satu daripada cara terbaru MediaMass iaitu laman yang diwujudkan untuk mengubah atau mengelirukan fakta mengenai selebriti dengan mengeluarkan kenyataan mengenai perbuatan mereka itu.
Ramai yang keliru dan melahirkan perasaan marah mereka terhadap tindakan MediaMass yang dikatakan memberikan masalah kepada peminat Paul Walker untuk mengetahui kebenaran cerita tersebut.
Ada juga sumber mengatakan bahawa khabar angin yang disebarkan itu seakan sumpahan kepada Paul yang akhirnya menemui ajal sehari selepas berita kematian palsunya itu dengan tidak sengaja disebarkan oleh MediaMass.

Sumber: murai.com.my


0 comments:

Post a Comment

 

My Name is Miss Ayati Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template