Wednesday 18 December 2013

Cuba Klik

3 comments
Hai...dipetang hari masih di opis..apakata sesambil duduk jer tu,,cer klik iklan kat bawah ni...
terima kasih semua :)

Sila klik imej reramai yer..tq
Sila klik imej...Tq

Tuesday 17 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

2 comments
As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour



Resepi Terung Masak Sambal Simple

0 comments


Hai semua...berdasarkan tajuk di atas (kalau dalam surat bunyi die macam ni, merujuk kepada perkara di atas...heheh), Cik T sebenarnya blur, maklumlah tak pandai masak..lepastu semalam keluar pegi makan ternampak lah sayur terung masak sambal. Terliur la apalagi...hehehehe..Cik T pon ambik la pinggan, letak nasi & ambik lauk pauk yang tersedia.

Lepas tu, pegi la duduk dekat kerusi yang disediakan, nak dijadikan cerita terlupa nak ambik sayur terung tadi. (dah la kita terliur sampai menitik ayak liur..huhuhu)...bangun la balik, then tengok-tengok sambal terung dah abes (sebenarnya masa tengok tadi pon terung dah tinggal sket je..uhuhuhu).

Azam dalam hati, balik ni Cik T nak masak sendiri, jadi ke x jadi belakang kira.. janji dapat makan ala-ala terung masak sambal gitu. ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak masak terung sambal.

Bahan-bahan.

3 biji tering
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1 bawang besar*
3 cili merah*
10 biji cili padi*
Minyak
Garam
Gula

Cara Memasak

  1. Potong terung mengikut kretiviti sendiri dan basuh serta toskan kemudian goreng kan terung sehingga separuh masak.
  2. Kisarkan semua bahan yang bertanda *
  3. Panaskan minyak (guna minyak untuk goreng terung tadi), kemudian masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali.Tumis sehingga naik bau.
  4. Seterusnya masukkan garam dan gula, bila rasa dah ok, masukkan terung tadi. kaupkan terung tadi biar sebati dengan sambal yang ditumis. 
Tadaa nilah hasilnya yang tak seberapa :)


 

Al-Fatihah: Azean Irdawaty Kembali ke Rahmatullah

0 comments



KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke kediaman keluarganya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut wakil keluarga Allahyarhamah, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara, Petaling Jaya dan kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.


Sunday 15 December 2013

Kebosanan & Kemengantukan di Opis Tahap Dewa

3 comments

"Huargghhhhhhhh"...dengan panjang lebar Cik T menguap hari ni...sangat malas dan bosan..maklumlah, ini hari ISNIN...bak kate speaking London. "MONDAY BLUES"


Nak dijadikan cerita, harini jugak lah bigboss nak buat spot check kat bilik kebal (kebal la sangatkan) unit Cik T. Nak dijadikan cerita jugak la (bape banyak citer daa) kunci bilik kebal tu, Cik T yang pegang..Apalagi..pagi2 lagi kita dah terpacak depan opis.(pekerja berdedikasi yer tak????..heheheh) Dan disebabkan itulah, belum lagi masuk jam 12..Cik T dah menguap-nguap...(x senonoh tul).
Okey la..dah dekat pukul 1 tengahari ni..apalagi kita membuta la...zzzzzzz

Wednesday 11 December 2013

Tahniah!!! Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Suami Isteri Dengan Hanya Sekali Lafaz

0 comments
Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di antara Zain Saidin, 29 tahun dan Rozita Che Wan, 40 tahun. Bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 9.10 malam tadi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua atas masjid yang dibina ini.
gambar pernikahan rozita che wanRozita Che Wan telah diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan dan menerima 9 peti hantaran wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Selain itu, peti hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
gambar pernikahan rozita che wanSebelum majlis akad nikah bermula, cincin pertunangan telah disarungkan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah. Pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
gambar pernikahan rozita che wanChe Ta turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Zain dan Rozita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Tahniah!!! Kredit gambar Ikram Ismail dan CarlosNizam.

Sumber: Beautiful Nara

Thursday 5 December 2013

Perihal Garam vs Jentik-jentik

8 comments

Cerita kita pada hari ini adalah...(jeng3x)....garam vs jentik2...
2 3 hari lepas jiran bawah umah Cik T kena denggi..seram lak kita dengar..lepas tu terus Cik T g cek dekat semua kawasan umah yang mempunyai takungan air..tengok2 ade jentik2...memang Cik T panik giler la....(dalam hati apa nak buat ni)..

Masa tu jugak kol En Suami suh belikan ubat penghapus jentik2..die pon pegi la kedai hardware..dalam 2 3 biji kedai jugak la..nak tau ape tokey tu cakap..kalau ubat jentik2 pegi beli dekat farmasi la..asben Cik T blur sekejap..apalagi terus balik umah letak tangan kat dahi (aku nak beli ubat jentik2, bukan nak beli ubat demam, ape punya tokey la)..huhu..macam, pelik jer macam konfius jer..huhuu

Di samping itu (ayati sastera sangat kan)..hehehe..Cik T pon bersih la semua bekas tempat simpan air..sambil2 nak nanges gak..sebab dah penat sangat...esoknya datang ofis, duk termenung jer..pening + takut..

Nak dijadikan cerita,  kakak ofis tanya la...Cik T pon jawab la...nak tau ape petua nak mampuskan  nak hapuskan jentik2 adalah GARAM. Apalagi, kita balik jer, terus singgah kedai beli garam 1 paket. Sampai umah, benda lain takde dalam kepala, terus tuangkan separuh garam dalam tempat yang berpotensi untuk air bertakung.

Alhamdulillah, petua tu betul2 menjadi la..jentik2 terlah dihapuskan..Cik T hepi, xyah nak takut2 lagi..wah2x.

 
vs


Wednesday 4 December 2013

Segmen Ole - Ole Dari New York

0 comments

Tidak Pernah Ada Rasa Cinta Terhadap Johan- Shila Amzah

0 comments
Hmmmmmm. Macam tak logik pun ada juga kenyataan Shila Amzah ini. Namun itulah yang ditulis oleh tuan punya badan menerusi kolum “Tinta Shila Amzah” di Harian Metro semalam. Shila sendiri membuat kenyataan bahawa dirinya tidak pernah ada perasaan cinta terhadap Johan As’ari. Sebaliknya mereka berdua hanyalah sahabat semata-mata.
shila dan johan
Adakah ini satu coverline yang cuba dilakukan oleh Shila? Iyerlah rasanya hari itu semua orang boleh baca luahan kata-kata kecewa Shila di akaun sosial miliknya. Tup-tup kata tak pernah ada rasa cinta. Pelik jugak kan? Antara kata-kata yang diluahkan oleh Shila semalam ialah:-
Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Shila tidak mahu membuka pekung sesiapa memandangkan ada yang menyifatkan Shila kebudak-budakan kerana memadam gambar Johan di laman Instagram Shila. Hakikatnya, Shila ada sebab tersendiri berbuat demikian.
Sejurus selepas Shila mendapat tahu mengenai perkara ini (Johan melamar Lana Nordin) melalui teman baik, Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.
Lagi pula, sebagai seorang ‘sahabat’, Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila yang lain. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai.
shila amzahAlasan yang diberikan oleh Shila Amzah untuk perbuatannya itu memang masuk akal jugak. Kalau Lana Nordin tertengok gambar-gambar Johan dan Shila sebelum ini, memang boleh bikin cemburu. Pandai juga Shila ini menjaga hati orang lain. Terang Shila lagi:-
Namun begitu, Shila tidak marah atau me­nyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat ‘loudspeaker’ ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesua­tu pada orang lain.
Pada Shila, itu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak patut untuk seorang yang bernama sahabat melakukan sedemikian. Tambahan pula, Shila meminta kerjasama daripada pihak media khususnya blogger untuk tidak lagi mengait­kan nama Shila untuk apa-apa artikel yang mendatang.
Shila cukup kesal dengan mereka yang sering me­ngaitkan Shila dengan isu sekarang dan yang terdahulu. Tak payahlah nak keluar kenyataan bagi ‘amaran’. Amaran itu ada elemen ugutan. Matanglah sikit. Tak bagus. Sudah-sudah la tu. Shila yakin anda faham bukan?
shila dan johan
Hmmmmm… Diharap dengan penerangan ini, maka jelas dan teranglah apa sebenarnya hubungan Shila dan Johan selama ini. Marilah kita bersama-sama menghormati permintaan Shila dan tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan. Mereka berdua hanya “sahabat” selama ini. Abang Nara pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu dengan seseorang yang akan menjadi lebih daripada “sahabat” buat dirinya.
Sumber: Beautiful Nara

Tuesday 3 December 2013

Giveaway Akhir Tahun by Cik Hawa

3 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Click Banner for join this Giveaway

Giveaway Akhir Tahun by Cik Hawa di sponsor oleh Dyanuraz | Ayati Nasir | Dedeq | Dila Ella | Ina Nailofar | Sutera Qaseh | BudakVanilla | Mc Wanie | FD | Nazirah | Nurul Awatif | Hana Jalil | Iman | Arrien | Dayana | Farahain | Diana | AdikDayah | HusnaZulkepli | Norhazlina | SyiraLokman | Mama Darwish | Diyana | Fasihah | Maisarah Ibrahim | Bonda Qalish
Meh ramai2 pakat join GA ni. Hadiah yang ada semuanya barangan pos dan topup.
Klik untuk tengok SENARAI HADIAH
Tamat pada 31/12/2013.

Monday 2 December 2013

Sup Ayam Simple

2 comments


Hai uols...ini cerita semalam punya...nak kongsi masak-masak..sebenarnya Cik T x pandai masak pon..tapi sebab Incik Suami tak suka makan luar..kena la masak yer..Husben Cik T cakap, masa bujang dulu, hari-hari makan masakan tukang masak laki kat kedai..skang dah kawen mau la makan yang isteri masak lak..(dalam hati kita..ada gak yang sudi nak makan kita masak, berbunga-bunga hati kita)..hehehe..resepi semalam adalah..(wahhh cam suspen je kannn)...Sup Ayam Simple!!!!!!!

Bahan-bahan


  1. 6 ketul ayam (Cik T guna kaki ayam buat sup..sodap)
  2. 3 ulas bawang merah (dimayang halus)
  3. 2 ulas bawag putih (dimayang halus)
  4. 1 inci halia (dimayang halus)
  5. 5 biji cili padi (kalau nak kurangkan pedas, kurangkan cili)
  6. Serba satu rempah ratus (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  7. Serbuk sup bunjut adabi
  8. Tomato (Cik T tak letak pon)
  9. Daun sup untuk hiasan
  10. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Panas kuali/periuk dan masukkan minyak. Bila minyak panas, masukkan rempah ratus tadi, tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, kacau sehingga hampir masak.
  3. Kemudian masukkan ayam, gaul sebati dengan bahan2 tadi, masukkan sedikit garam dan air serta cili padi dan serbut sup bunjut. Biarkan ia mendidih (masak dengan api perlahan)
  4. Bila dah masak angkat dan hidangkan. Lepas tu, boleh dah tabur dengan daun sup. nyum2 sedap gak..heheh
tadaa nilah hasilnya..sup kaki ayam simple

Sunday 1 December 2013

Johan As’ari Cakap Shila Tak Matang?

0 comments
Sebelum ini, umum tahu tentang keakraban pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana, Johan As’ari bersama penyanyi, Shila Amzah.
Namun setelah Johan meluahkan hasrat untuk memperisterikan Lana Nordin baru-baru ini, Shila dilihat sering meluahkan perasaannya melalui laman sosial.
Melihat setiap kenyataan yang ditulis, bukan setakat media, para peminat turut merasakan kesedihan yang Shila alami. Malah, kenyataannya itu dipercayai ditujukan kepada Johan As’ari.
Johan As’ari Cakap Shila Tak Matang?
Johan dikatakan sedang bercinta dengan Lana
Susulan spekulasi itu, Johan bertindak membuka mulut untuk membersihkan namanya daripada kenyataan Shila yang dipercayai ditujukan kepadanya, dimana Johan memberitahu bahawa Shila masih belum matang.
Sebenarnya, Shila masih melalui fasa kematangan. Mungkin sebab sejarah yang pernah dilaluinya. Tapi tak apa, saya faham.
Kalau dia cakap dia berasa tertipu, tak apalah. Saya belajar untuk memaafkan orang. Saya maafkan dia. Dia sahabat saya, sayang saya pada dia akan sama sampai bila-bila.
Johan As’ari Cakap Shila Tak Matang?
Shila Amzah pernah dikecewakan sebelum ini
Ketika ditemubual sewaktu di majlis Anugerah Skrin 2013 Sabtu lalu, Johan menegaskan bahawa dia tidak pernah bercinta dengan penyanyi itu. Malah, keakrabannya dengan Shila serta digosipkan bercinta hanyalah satu salah faham.
Johan turut menyatakan bahawa Shila telah menyekat semua laman sosialnya daripada dilihat oleh Johan.
Saya tidak pernah bercinta dengan Shila Amzah. Statement mana yang mengatakan saya dengan dia bercinta?
Last contact masa ibu call, lepas tu dia dah buang saya dengan cara block saya dari semua laman sosial seperti Instagram.
Apa-apa pun, semoga keadaan menjadi lebih jernih selepas ini.

Sumber: OHBULAN
Cik T berkata: hanya manikam yang mengenal jauharinya...eh ada kaitan tak ni???? konpiuss!!!!!!

PAUL WALKER MATI DEK SUMPAHAN BERITA PALSU KEMATIANNYA?

0 comments


HOLLYWOOD, 2 DIS 2013: Dalam pada peminat filem francais Fast & Furious sedang menangisi pemergian hero kesayangan mereka, Paul Walker yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, timbul pula cerita yang mengelirukan semua pihak termasuklah media antarabangsa.
Pelakon yang berusia 40 tahun itu turut menjadi mangsa jenayah internet apabila ada laporan tersebar dan khabar angin mengatakan Paul telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 29 November di Southern California, sehari sebelum hari dia benar-benar meninggal dunia.
Laporan daripada Media.com juga berkata bahawa khabar angin itu mula diperkatakan di laman sosial bermula lewat Jumaat walaupun berita sahih mengatakan Paul telah meninggal dunia dilaporkan TMZ pada petang Sabtu, beberapa jam selepas insiden yang meragut nyawa Paul Walker dan rakan yang memandu Porcshe GT di California itu.
Dalam pada itu, khabar angin tersebut disahkan tidak benar dah merupakan salah satu daripada cara terbaru MediaMass iaitu laman yang diwujudkan untuk mengubah atau mengelirukan fakta mengenai selebriti dengan mengeluarkan kenyataan mengenai perbuatan mereka itu.
Ramai yang keliru dan melahirkan perasaan marah mereka terhadap tindakan MediaMass yang dikatakan memberikan masalah kepada peminat Paul Walker untuk mengetahui kebenaran cerita tersebut.
Ada juga sumber mengatakan bahawa khabar angin yang disebarkan itu seakan sumpahan kepada Paul yang akhirnya menemui ajal sehari selepas berita kematian palsunya itu dengan tidak sengaja disebarkan oleh MediaMass.

Sumber: murai.com.my


 

My Name is Miss Ayati Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template