Hai semua...berdasarkan tajuk di atas (kalau dalam surat bunyi die macam ni, merujuk kepada perkara di atas...heheh), Cik T sebenarnya blur, maklumlah tak pandai masak..lepastu semalam keluar pegi makan ternampak lah sayur terung masak sambal. Terliur la apalagi...hehehehe..Cik T pon ambik la pinggan, letak nasi & ambik lauk pauk yang tersedia.
Lepas tu, pegi la duduk dekat kerusi yang disediakan, nak dijadikan cerita terlupa nak ambik sayur terung tadi. (dah la kita terliur sampai menitik ayak liur..huhuhu)...bangun la balik, then tengok-tengok sambal terung dah abes (sebenarnya masa tengok tadi pon terung dah tinggal sket je..uhuhuhu).
Azam dalam hati, balik ni Cik T nak masak sendiri, jadi ke x jadi belakang kira.. janji dapat makan ala-ala terung masak sambal gitu. ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak masak terung sambal.
Bahan-bahan.
3 biji tering
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1 bawang besar*
3 cili merah*
10 biji cili padi*
Minyak
Garam
Gula
Cara Memasak
- Potong terung mengikut kretiviti sendiri dan basuh serta toskan kemudian goreng kan terung sehingga separuh masak.
- Kisarkan semua bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak (guna minyak untuk goreng terung tadi), kemudian masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali.Tumis sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan garam dan gula, bila rasa dah ok, masukkan terung tadi. kaupkan terung tadi biar sebati dengan sambal yang ditumis.
Tadaa nilah hasilnya yang tak seberapa :) |
0 comments:
Post a Comment