Dari Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari
dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”
Assalamualaikum sahabat sekalian... semoga kalian senantiasa berada di dalam lindunganNya... hari ini nampaknya Cik T sedikit sibuk... dengan kerja² duniawi... siang ini ada kerja² yang perlu diselesaikan secepat mungkin...
Sudah lama Cik T tidak menjengah di sini...bukan melupakan tetapi kesibukan sebagai seorang isteri kepada suami dan pekerja kepada majikan Cik T terpaksa merehatkan diri sebentar dari jejari ini...
Di kesempatan ini dan bersempena hari jumaat yang penuh barakah ini... Cik T dengan rendah hatinya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tulisan, kata² maupun perbuatan idah yang pernah selama ini mengguris perasaan atau melukakan hati rakan² sekalian samada yang disengajakan maupun yang tidak disengajakan... dan Cik T juga hari ini telah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti atau mengguris hati ini samada dengan sengaja atau tidak sengaja... semoga kita dapat berjumpa lagi pada jumaat seterusnya... :)
Wasalam......:)
0 comments:
Post a Comment